Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 29, 2013

kebaikan buah delima(^_^)

harinie aq nak kongsikan serba sikit tentang buah delima,korong pn mesti suke jugak buah niekan..nie antare favorite aq jugak la kiranye..nak makan hari2x 2 xmampu la kn..heheso,now i want to share with u all bout this yummy fruit..enjoy your self..(~_*) 

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:

Khasiat Buah delima untuk kesihatan
  1. Buah delima  mengandungi antioksidan.
  2. Buah delima   dapat Melindungi jantung kita .
  3. Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
  4. Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser . 
  5. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
  6. Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer
  7. Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit

  1. sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  2. Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  3. tips sikit:  Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok,lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut.kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk kemudian simpan dalam bekas dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  1. Minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  2. Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas.
  3. mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  4. Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
  1. pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais.
  2. Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannye
Fakta mengenai Buah delima
  1. Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  2. Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
  3. Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
  4. Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
  5. Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.
  6. Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  7. Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  8. Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah

No comments: